About Me

My photo
Assalamualaikum w.b.t. Hamba Allah yang mudah terasa hatinya. Suka terhadap perkara simple berumur 16 tahun dan masih bersekolah di sebuah sekolah kerajaan sekitar Sungai Petani, Kedah. From Negeri Jelapang Padi and i am a shy person or we can say it as Introvert. Dalam blog ni maybe akan macam-macam ada, maybe story and confess...opinion...and so on. Hahah. Random ja la... Dalam blog ni...penggunaan 'aku' wajib ada...bahasa rojak dan loghat utaqa disunatkan. Dalam diam aku mengutukmu , dalam diam aku menyayangimu.

Friday, 3 May 2019

Dilema Aliran Tingkatan 4

Assalamualaikum w.b.t salam sejahtera serta salam 1 Malaysia.

Okay, harini aku nak tulis tentang masalah utama bagi student yang bakal berhijrah ke Tingkatan 4 iaitu..ALIRAN YANG BAKAL DIAMBIL. First of all...aku faham masalah ini sebab aku dah alami. Sekarang aku Form 4..dan time aku dapat result PT3, memang otak aku jem nak pilih aliran.

Dengan bermacam jenis aliran, time tu pulak dengan cita-cita pun terumbang-ambing macam orang mabuk cinta eh mabuk arak. Serius, aku tak tau nak pilih apa. Aku tanya pakcik Google yang banyak membantu dari segi aliran yang paling bagus atau aliran yang cerah masa depan (kononnya) dan aliran yang mudah skor.

Pada mulanya, sebelum aku dapat result PT3, memang impian aku nak masuk kelas Sains Tulen, dan time tu aku memang tak tahu Sains Tulen ni macam mana...maksud aku, susah dia macam mana. Aku sangka senang la macam tumis bawang sambil mengonion. Hahaha.

Lepastu, aku tanya jiran aku. Katanya, lebih baik ambil aliran akaun (sastera) sebab katanya, senang sikit tak ada tiga beradik (fizik, kimia dan biologi). So, aku pun macam "ambil sastera ja la...kalau masuk Sains Tulen mesti aku tak boleh skor. Akaun senang ja"

NO!! SALAH MEMANG LAGI DIPERSALAHKAN!!  Nak dijadikan cerita, aku pi la pm whatsapp cikgu yang selaraskan kelas untuk F4 tahun 2019 ( tahun ni) . Kata cikgu tu aku dapat masuk kelas 4 Bunga Raya (kelas Sains Tulen) aku time tu; Ya Allah. Kenapa aku masuk kelas tu. Tapi pada masa sama aku bersyukur  jugak . Aku target kelas akaun ja...habis memang punah harapan nak kelas akaun. So aku tanya mak aku. "Mak, adik dapat kelas sains tulen. Dah la dalam tu ada 3 beradik, addmath lagi. Macam mana ni T_T" memang time tu aku rasa macam dunia aku dalam kegelapan. Masa depan maybe tak cerah. Dah la aku selama ni sains memang low.

Time Percubaan PT3 pun cukup-cukup makan ja..40% HANG BAYANGKAN?!!!

Pastu mak aku cakap " Adik pilih sendiri. Adik tau kemampuan adik sampai tahap mana "(lebih kurang camtu la mak aku cakap)

Pastu mak aku cakap macam kalau aku keluar sains tulen rasa macam rugi sebab di luar sana, ramai yang nak sangat masuk kelas sains tulen, Allah dah bagi rezeki kat aku masuk kelas terbagus (sebenarnya semua kelas bagus.) Macam abang aku, abang aku ni memang teringin sangat nak masuk kelas sains tulen tapi result PMR dia menempatkannya dekat kelas akaun. Tapi aku? Dapat rezeki kelas Sains tulen tapi nak kelas akaun sebab TAKUT NAK AMBIL RISIKO GAGAL! Aku rasa macam, rugi jugak kalau keluar sains tulen.

Aku pun dengan rela hati masuk kelas sains tulen , time tu ada jugak secebis perasaan nak keluar daripada kelas tu. Tapi disebabkan aku ni suka terhadap eksperimen sains..so aku positifkan diri aku, "masuk kelas ni boleh buat eksperimen kimia, fizik dan bio. Lebih advance gitu" so Alhamdulillah..sampai ke hari ini, aku still dengan 4Bunga Raya wlaupun aku tengok, kelas lain macam kelas akaun, seni and so on macam bahagia ja. Muka tak ada tanda-tanda stress. Selalu on PUBG . T_T. ( dalam hati depa hanya Allah yang tau)

Selama aku duduk dalam kelas 4 Bunga Raya iaitu kelas sains tulen, aku memang selalu stress. Dah la dalam tu kebanyakkan otak cerdik. First time exam, dah fail kimia and addmath, aku kadang dalam hati rasa macam .. Ya Allah. Haih serius tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Time cikgu mengajar, aku perhatikan budak lain dalam kelas aku ni mudah ja faham subject yang susah, yang aku ni? Allahu. Memang sedih weh. Aku ni masa F3, memang jenis malas buat homework and bila masuk F4, homework punya la belambak macam kerja dalam office. Aku jadi macam.."apakah semua ini".

Kesudahannya, dengan sikap aku yang suka menangguh, memang tak siap la kerja sekolah . Hmmm. Selama dalam kelas ini, banyak jugak aku dapat motivation, daripada cikgu dan persekitaran. Contohnya:

1) tak rugi pun masuk kelas sains tulen ni sebab mudah dapat kerja and apply university kalau lulus cemerlang. Sebab student sains ni memang dalam jumlah yang sedikit jika dibandingkan dengan student sastera . Antara sebabnya ialah, student tak nak ambil risiko gagal, takut, tak yakin diri, and so on. Tapi tak apa, rezeki dimana mana

2) student dalam kelas aku ni mostly memang rajin, so kadang-kadang terinspirasi nak jadi macam depa..huhuhu

3)student yang ambil aliran sains tulen ni kalau nak masuk university apply course akaun pun boleh, tetapi kalau student lain nak apply course sains, memang tak boleh, so pilihan jurusan ni terhad sangat untuk mereka yang bukan daripada aliran sains. Nampak tak kelebihan student sains disitu?

So, kalau dah dapat rezeki kelas sains tulen tu, jangan lah tukar kelas . Yakin lah pada diri hangpa semua. Hangpa boleh melakar kejayaan. Benda akan jadi mudah kalau kita berusaha.

Kalau kita jumpa jalan kegagalan, bermakna kita semakin hampir dengan kejayaan kerana kegagalan mengajar kita apa itu kejayaan. Percayalah,

Allah tidak akan membebankan hamba-Nya dengan ujian yang tidak mampu ditanggung hamba-Nya.

Sampai disini saja coretan aku. Aku nak mintak maaf andai tulisan aku ni mengusik hati hangpa. Mintak maaf. Moga kita jumpa lagi pada next time.

Kelas lain pun sebenarnya mampu menyerlah jika berusaha. Keep fighthing. Rezeki masing-masing. ^^